Kawan2Ku

16 Disember 2013

Bermaafanlah... Leraikan Kekusutan..

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Disember 16, 2013

Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan disini.. terpulang sama ada korang rajin untuk membacanya atau tak... ini adalah satu kisah yang pernah terjadi pada diri aku sendiri...

Dulu.. masa sekolah menengah, aku punya seorang kawan rapat.. pergi sekolah dalam bas mesti aku akan duduk sebelah dia.. kebiasaannya aku akan naik dulu dan akan booking siap2 tempat duduk sebelah aku untuk dia.. biasanya bila bas sampai di depan rumah dia, confirm kerusi penuh.. memandangkan dia kawan baik aku, aku reserve kan tempat duduk sebelah aku untuk dia.. dia juga teman yang duduk disebelahku didalam kelas...

Ok. Cerita tu ketika aku berada dalam tingkatan 1-3 iaitu sekitar tahun 1993-1995.. Pada penghujung 1995, aku ada krisis sikit dengan dia sehingga mak dia dan mak aku masuk campur.. masuk campur dalam memberi kami nasihat...

Naik tingkatan empat, kami berada dikelas yang berbeza. Persahabatan kami semakin renggang.. masing2 menunjukkan ego dan perasaan ingin melebihi diantara satu sama lain.. kelebihan dia, dia dilantik sebagai pengawas... kelebihan aku, walaupun aku bukan pengawas (memang aku tak mahu jadi pengawas) tetapi aku terpilih untuk masuk kelas terbaik dan juga aktif dalam segala macam aktiviti... disitu kami bersaing secara senyap... secara diam diam...

Tu peristiwa berbelas tahun dahulu... sekarang, sejak wujudnya facebook kami dapat berhubung semula... walaupun masih terasa janggal dalam perbualan tapi kami masih cuba untuk memesrakan diri seperti waktu awal persahabatan kami dulu... yang aku perasan, perasaan aku yang dulu iaitu ingin lebih dari dia dah hilang... tak tahu ke mana hilangnya tapi aku lebih suka dengan keadaan yang sekarang... seboleh bolehnya aku ingin cuba membantunya dalam permasalahan yang dia hadapi... hingga aku yang tak dapat tidur malam disebab memikirkan bagaimana cara yang aku boleh bantu dia walaupun dia tak pernah meminta bantuan aku...

Dari cerita aku diatas, apa yang dapat aku katakan, jika kita punyai hati, walau macamana pun kita pernah berselisih faham dengan kawan kita, walau seteruk mana pun perselisihan faham itu, dia tetap sahabat kita. Tak perlu ego.. tak perlu menuding jari.. sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah... kata Nora.. percayalah... kata Dato Siti...

Lagi satu kisah aku nak cerita... kisah ni pendek saja.. kat tempat kerja aku ni, aku benci sangat kat seorang ni.. oh.. aku bukan benci tanpa sebab.. aku benci sebab masa mula2 dia masuk kat tempat aku ni, setiap kali selisih aku akan senyum kat dia tapi dia langsung tak balas. Akhirnya aku buat keputusan tak akan tegur atau senyum kat dia.. dan itulah yang aku buat... mungkin dia terasa hati kat aku.. dan kelmarin, selepas acara walkathon aku terserempak dengan dia didepan surau.. spontan dia tanya aku "eh.. mananya hadiah?" Selamba aku jawab "alamak.. camana nak dapat hadiah, cetak nombor sikit sangat".. dia balas "takpe na.. tahun depan kita cetak nombor lebih skit"... sambil tersenyum...

Sungguh... masa tu juga berguguran ke tanah rasa benci aku kat dia... dan mungkin juga rasa benci tu melayang entah ke mana... hilang terus rasa benci yang bertakung didada... lega rasa.. betapa mudahnya.. hanya seminit perbualan mampu melerai seribu kekusutan yang telah sekian lama berakar umbi.. syukur Alhamdulillah...

Buat kawan2 tersayang, jika pernah berlaku perselisihan faham, leraikanlah sekarang.. bawa berbincang.. jika tidak, perselisihan ini akan berterusan dan menjadi barah.. ketepikanlah ego yang wujud dalam diri. Tak perlu menuding jari menyalahkan satu sama lain.. tak penat ker? Orang lain yang tengok pun jadi penat sama.. haishhhhhh! Betul kan???

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea