Kawan2Ku

23 April 2016

Hiking @ Bukit Saga, Ampang Selangor

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, April 23, 2016

Assalamualaikum wbt...



Hari ni kami Geng Outdoor Subang Jaya, telah selamat ber hiking di Bukit Saga, Ampang. Pada asalnya kami plan nak ber canopy walk kat FRIM... rupanya trek untuk canopy walk tu ditutup buat sementara waktu. Tu yang kami plan untuk ke Bukit Saga.



Aku gerak dari rumah lebih kurang jam 7am sebab dah janji dengan diorang nak berkumpul kat IPD dalam kul 7.30am... Lebih kurang kul 8 baru kitorang gerak ke Bukit Saga, melalui KESAS dan masuk ke MRR2.



Beria guna Waze, almaklumlah masing2 pun first time nak ke sana, masih tak tahu nak ikut jalan mana. Sampai2 jer kawasan sana, lorrrrr... tak jauh dari Taman Bukit Teratai rupanya... kalau area sini memang aku tau sangat la sebab rumah Pak Long aku kat sini... dalam hati, harap2 pak long dengan Mak Ara tak tahu la aku manjat Bukit Saga ni... dah banyak kali Pak Long bebel kat aku sebab tak nak datang rumah dia... macam2 alasan aku bagi. Biasanya aku pergi rumah dia kalau ikut abah ngan mak aku. Dan kali terakhir aku pergi rumah dia tahun 2009, masa kami berkampung kat Hospital Ampang Puteri sebab abah aku buat bypass surgery. Pastu takder dah. hehe!



Dah melalut la pulak... Jom la tengok gambar2 kami kat Bukit Saga ni... penat banget dong... memang mintak nyawa laaaaa... nasib baik tak pura pura pengsan (dengan harapan asben aku dukung sampai bawah semula) niat tu memang dah ada.. cuma aku tak yakin yang dia akan dukung aku. yang aku yakin, dia campak je aku kat tepi gaung tu... hahaha!





Awal2 lagi ni... masing2 muka ceria jer...


Rehat jap... oh ya! Setiap kali selisih dengan hiker yang lain, pasti senyum dan tegur. Ni betul2 memberi motivasi kat kita agar tak patah semangat... kalau taknak bagi salam, senyum pun jadilah... sejuk rasa hati...

















Adik Aiman. Selisih dengan dia masa kami nak ke waterfall... aku tanya orang2 yang sebelum dia, berapa jauh lagi nak ke air terjun, masing2 jawab "jauh lagi..."
tapi bila aku tanya adik Aiman ni, dia positif.. dia jawab "dah tak jauh sangat dah... dekat jer.. mesti boleh punya... jalan sikit jer lagi dah sampai" - walaupun masa tu aku tengok orang2 lain yang selisih dengan aku semua dah semput... tercungap2 sebab trek yang curam.. menyeramkan... tapi dia steady jer..




tengah fikir nasib nak balik dari air terjun ni... bila mengenangkan jalan yang agak menyeramkan masa pergi tadi.. haha!
nasib baik la asben pun minat aktiviti macam ni.. so bleh buat sama2....


senyum... tapi dalam hati.... @%&*!@*&
ok... senyum jer la... tak perlu kata apa2...

Bukit Ah Pek Station 5... kat sini la kami berehat jap sebelum ke puncak Bukit Saga dari waterfall... ikut trek yang ni ok skit walaupun agak jauh... takder la menyeksakan sangat...

sebenarnya masa sampai kat sini, aku rasa lega sangat. Sebab aku takut aku dah tersalah jalan bawak diorang... mau setahun diorang ni ungkit. hahahaha! dari sini nak ke Saga Hilltop dalam setengah jam..


refill air... free jer..
kepenatan.... rehat kat hammock...

memori daun pisang la sangattttt.... ni masa turun.. tetiba hujan turun renyai2... nasib baik la dah nak sampai bawah.. haha!
ni bergambar untuk cover album.. album dari band wanita sendu "The Bad Hikers "
Suka sebab balik kampung boleh tumpang lori kat belakang tu...


Serius. Hiking kat Bukit Saga ni memang memberikan kepuasan bagi newbies macam kami.. cuma aku risau satu jer.. pagi esok aku nak balik Johor.. sorang2 pulak tu.. larat ke aku nak drive ni????

0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea