Kawan2Ku

27 Januari 2016

Cuti - Cuti Malaysia : Pulau Langkawi 2.0

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Januari 27, 2016
Assalamualaikum wbt...

Percutian aku kali ni menuju ke Pulau Langkawi, Kedah bersama sama dengan geng senget aku, Syuhadaa pada 24 - 26 Januari yang lepas. Kali ni kami rancang untuk pergi dengan menaiki bas dari Shah Alam ke Kuala Perlis memandangkan aku yang teringin sangat nak merasa naik feri dari Kuala Perlis ke Langkawi.

Tujuan utama aku ke Langkawi sebenarnya untuk rasa terbang bagaikan burung dengan aktiviti parasailing gara gara tergoda dengan blog Uzu (Kisah Emas Putih)... hahah!

Menaiki Sani Express dari terminal bas Shah Alam ke Kuala Perlis

Berdebar debar nak naik feri.. first time kannnnn...
RM18 jer... ok la...
Sebenarnya kitorang berdebar debar jugak aritu... takut tak sempat nak kejar feri terakhir pukul 7 petang... nasib baiklah abang drebar bas tu memahami kami... sepatutnya dia turunkan penumpang kat kangar dulu sebelum turunkan kami kat Kuala Perlis, tapi atas jasa baik dia dan kerjasama dari penumpang2 yang turun di Kangar, abang drebar sanggup hantar kami dulu ke Kuala Perlis. Terima kasih ya bang!!! Walaupun sebenarnya ex opismate aku masa kat Kopeda dulu, abang long Fadil offer untuk aku stay kat homestay dia di Perlis incase kalau tak sempat kejar feri, tapi seboleh bolehnya kami nak juga sampai ke Langkawi malam tu juga.. yerla.. masa yang kami ada sangat terhad. so kena la kami gunakan sepenuh dan sebaiknya.

Ok. Ni antara cerita aku kat Langkawi sana. Dan kali ni memang aktiviti kami sangat terhad. Island Hopping, Cable Car memang takder dalam list kami. Lagipun tu semua kami dah pernah pergi sebelum ni... jadi memang kami ketepikan la aktiviti tu kali ni.. In Shaa Allah akan datang kami akan pergi lagi...





sesi memilih minyak gamat...

ni la rupanya gamat...

satu beg baju.. satu beg coklat...  beg coklat lagi berat dari beg baju hokayyyyy!

0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea