Kawan2Ku

04 Januari 2015

Jalan - Jalan Cari Makan : Mee Bandung Muar

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Januari 04, 2015

Assalamualaikum wbt....

Semalam sewaktu perjalanan pulang ke Subang dari Kota Tinggi, tetiba je rasa macam nak makan mee bandung Muar. Bila cakap dengan encik asben, dia kata dia ok je kalau nak singgah Muar. Aku pun apalagi, google la kat mana ada jual mee bandung Muar yang sedap.

Hasil siasatan aku yang dibantu oleh Assistant Investigate Officer (Mr.Google), aku dapati ada dua restoren mee bandung kat Muar yang agak terkenal. Restoren tersebut adalah :

  • RESTORAN ABU BAKAR HANIFAH - Restoren ni terletak di tengah2 bandar Muar.
  • RESTOREN MEE BANDUNG MUAR - Restoren ni terletak di Tanjung Agas (kalau keluar dari tol Tangkak, Tanjung Agas ni terletak sebelum jambatan Muar.. so tak perlu menyeberangi jambatan)
Memandangkan aku datang dari arah Pagoh (keluar tol Pagoh) so aku ambil keputusan untuk singgah makan mee bandung di Restoren Abu Bakar Hanifah. Setelah beberapa kali berpusing kat tengah bandar Muar tu, akhirnya jumpa juga restoren tu. Nak tergelak pun ada sebab sebenarnya dah beberapa kali lalu depan tu tapi tak perasan..

Mujurlah masa kami masuk ke restoren ni, pelanggan tak ramai. Tak perlu nak tunggu meja lain kosong. Aku dan encik asben order mee bandung. Dak tecik kami orderkan soto nasi. Ainul pulak nak makan sate.

Kuah mee bandung yang pekat likat... terasa kemanisan udangnya...  RM4.50 je sepinggan..

Sate Ayam dan Daging jadi pilihan Ainul. RM0.60 secucuk...

Biarlah gambar pinggan ini yang menceritakan segalanya. Licinnnnnn! Hahahaha!

Gambar2 orang terkenal yang pernah singgah ke restoren ini.

Sedang aku menghayati makan mee bandung ni, tetiba encik asben cakap,

"Sedaplah... abang nak order lagi satu la...."

Bila dia cakap macam tu, tetiba idea buruk melantak aku datang....

"Jangan. Lepas ni kita singgah kat Tanjung Agas pulak..."

Ha! Kan aku dah kata.... idea buruk lantak dah datang... encik asben plak setuju dengan idea lantak aku tu... hehe!

Ok. Siap bayar dah semua, kami gerak ke Tanjung Agas plak. Encik asben siap pesan, masuk restoren nanti kita buat2 muka lapar... hahaha! Yang si Ainul sibuk tanya, kenapa kita nak makan lagi? adoiiii... hehe!

Inilah restorennya yang terletak di deretan kedai2 di Tanjung Agas. 

Si kakak : ini kali kedua kita makan tengahari ni...
si adik : satu je... satu je... satu je... satu je....
mama & papa : syyyhhhhh diamlah! Nanti orang dengar...

hahaha!

Dialog ini hanya rekaan semata2.

Memang menyelerakan. Tapi oleh sebab aku kekenyangan, mee aku pindahkan ke dalam pinggan my encik asben. Aku makan kuahnye jer... memang terbaekkk!

Licin jugak pinggannya... hahaha!

Dak tecik ni.. orang duduk atas kerusi.. tapi dia sedap je dok atas meja.. bila letak kat kerusi dia taknak...

Mee bandung dan sirap bandung soda. Gabungan yang mantap. Tapi gelas yang macam tak berluak tu, gelas aku la... tu la.. tamak sangat kan? Ikut nafsu sangat walhal perut dah penuh. Akhirnya aku minta diorg bungkuskan je air tu...

Air yang tinggal separuh gelas tu encik asben transfer ke botol dak tecik ni. Bukan main suka lagi dia...

So korang... kalau rasa rasa nak makan mee bandung yang sedap ni, boleh la datang ke Muar dan makan kat restoren2 ni...

Antara dua ni, mee bandung siapa lagi sedap?

Pada aku, aku lebih suka mee bandung Abu Bakar Hanifah. Kuahnya pekat. Terasa air udangnya. Tapi air sirap bandung soda Tg. Agas tu memang terbaikkkk!

Encik asben kata, mee bandung Tanjung Agas tu lebih sedap. Terasa kesedapannya. (Tapi aku tengok apa yang dia makan semua licin termasuk la soto anak aku tu dia jugak yang tukang abiskan... haha)

Tapi tak kisahlah yang mana paling sedap pun, sebabnya... dua2 pun memang sedap... tak rugi pun pergi makan kat dua tempat ni dalam sekali jalan...

Ngeeeeeeeeeee!

5 comments:

Amanda Suria berkata...

Selalu pi Muar tp x penah pun singgsh mkn kat tg agas tu...biasa adik ipar yg buat kan mee bandung

Dalia berkata...

ni pun first time pegi makan mee bandung kat Muar... teringin punya pasal.. hehe! sedapp... nanti nak pegi lagi...

Noor Izmaliza berkata...

Otw cari ni

Dalia Hassan berkata...

dah jumpa ke Noor Izmaliza? sedapnya... lama dah tak makan mee bandung... rasa macam nak pegi Muar lagi jer...

Ina Abdullah berkata...

Info yang bagus . Terima kasih atas perkongsian.

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea