Kawan2Ku

03 Julai 2013

Cuti - Cuti Malaysia : Tuaran, Sabah

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Julai 03, 2013
30 Jun 2013...

Dari Kundasang dan Ranau, kami meneruskan perjalanan untuk ke Tuaran. Destinasi pertama kami adalah di IPD Tuaran....






Kami disambut dengan meriah oleh Tuan KPD Daerah Tuaran dan isterinya yang merupakan pengerusi Perkep Daerah Tuaran. Yang kelakarnya, setibanya kami disana, kami masing2 seakan tidak mahu turun dari van kerana agak terkejut dengan sambutan yang tidak disangka dari mereka. Perasaan malu dan segan wujud kerana pakaian kami yang tak terurus dan agak sedikit berbau ketiak.. (mungkin la.. harap2 diorang tak perasan) hahahahaha! Apa taknya, beberapa orang dari kami (termasuk aku) baru melakukan aktiviti canopy walk yang memerlukan kami mendaki bukit dan sudah tentu peluh berjuraian membasahi badan... Konon2 check in kat apartment di KK nanti baru nak mandi, sebab tak sempat nak mandi kat Poring HotSpring...

Yang menarik di IPD Tuaran, kami sempat belajar tarian 'Jamila' yang pasti akan kami popularkan di IPD kami nanti.. (yer la.. bosan la.. asyik2 poco2.. nak jugak something yang different)...

Dari IPD Tuaran, kami terus ke Rumah Terbalik... Rumah Terbalik adalah satu tarikan baru di Tuaran dan ianya melibatkan kos hampir RM2 Juta untuk pembinaan rumah terbalik tersebut.





Nieza dan Nani..

taman pun terbalik sudaaaaaa....
Aksi separuh terlampau dari kami.. hahahaha! depan rumah terbalik....
 


Semasa berada didalam Rumah Terbalik Tuaran, kamera adalah dilarang sama sekali. So terpaksalah ikut prosedur kalau tak mahu tindakan diambil.. tapi dikawasan luar rumah, anda bebas mengambil gambar..

eh! ini kereta yang terbalik ke kami yang terbalik? hahaha!

Dari Rumah Terbalik Tuaran, kami terus ke Marina Court Apartment di Kota Kinabalu.. tak sabar rasanya nak mandi.. badan melengas... melekat melekit lekit dah rasa... hahaha!



Next Entry :
                    Cuti - Cuti Malaysia : Pulau Manukan, Sabah

*****************************************************************************

Aksi konon2 manja... hahaha!

0 comments:

Catat Ulasan

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea